AirAsia, Wheelchair Users And Indemnity Form: The Ongoing Saga

With no satisfactory official response forthcoming from AirAsia regarding the policy of imposing indemnity form on wheelchair users after more than two months, I decided to refer my complaint to the Minister of Transport Dato’ Sri Chan Kong Choy and the Minister of Women, Family and Community Development Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil.

The complaint was sent via email just now and hardcopies will posted to the respective ministers and three other persons in the carbon copy list, namely Senator Prof Datuk Dr. Ismail Md Salleh, Society of Orthopaedically Handicapped Malaysia President Dr. Tiun Ling Ta and Malaysian Spinal Injuries Association President Dr. Rahim bin Noor. I am a member of both organisations. Not long after the email was sent, Ministry of Transport Secretary General Dato’ Haji Zakaria Hj Bahari forwarded the mail to AirAsia CEO Datuk Tony Fernandes asking him to take action accordingly.

Below is the content of my complaint letter:

4 Januari, 2008

Y.B. Dato’ Sri Chan Kong Choy Melalui emel dan pos
Menteri Pengangkutan
Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62616 Putrajaya

Y. B. Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil Melalui emel dan pos
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Aras 1-6, Blok E
Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana
Jalan Dato’ Onn
50515 Kuala Lumpur

Dato’ Sri Chan dan Dato’ Sri Shahrizat,

PER: DISKRIMINASI TERDAHAP PENUMPANG YANG MENGGUNA KERUSI RODA OLEH AIRASIA

Saya ingin membuat aduan tentang perkara di atas yang telah berlaku pada diri saya.

1. Pada 30 Oktober 2007, saya bersama isteri saya telah daftar masuk di Lapangan Terbangan Antarabangsa Kota Kinabalu untuk menaiki penerbangan AirAsia AK 5107 ke Kuala Lumpur. Saya adalah pengguna kerusi roda.

2. Seorang pegawai AirAsia meminta saya menandatangani borang lepas tanggungan (Release and Indemnity). Antara fasal yang terkandung di dalam borang itu adalah:
– AirAsia tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa pada diri saya semasa penerbangan.
– Saya bersetuju menanggung segala perbelanjaan AirAsia yang mungkin disebabkan oleh diri saya dalam penerbangan tersebut.
– Saya telah menandatangani borang itu secara sukarela .

3. Saya telah membantah dengan sekerasnya dan meminta perkara ini dirujuk kepada pihak pengurusan AirAsia di Kuala Lumpur sebab perbuatan yang mewajibkan saya menandatangani borang itu adalah diskriminasi terhadap saya sebagai seorang pengguna kerusi roda.

4. Setelah pegawai itu merujuk kepada pengurusnya, saya diberitahu bahawa sekiranya saya tidak menandatangani borang tersebut, saya tidak akan dibenarkan menaiki pesawat. Saya tidak mempunyai pilihan kecuali menandatangani borang tersebut untuk dibenarkan menaiki pesawat kembali ke Kuala Lumpur. Apabila menandatangani borang tersebut, saya juga telah menulis dengan huruf besar yang terang bahawa saya membantah perbuatan tersebut. Salinan borang tersebut dilampirkan.

5. Saya telah memaklumkan kejadian tersebut kepada Datuk Tony Fernandez dan Encik Bo Lingam dari AirAsia melalui emel. Maklumbalas dari kedua-dua mereka sungguh tidak memuaskan. Sehingga kini, selepas dua bulan, pihak AirAsia masih belum memberi penerangan yang munasabah mengenai syarat ini kecuali mengatakan bahawa ia adalah syarat dari syarikat insurans mereka. Alasan ini tidak boleh diterima kerana Malaysia Airlines tidak mengenakan syarat ini keatas pengguna kerusi roda kecuali satu kesilapan di Jepun di mana Profesor Yutaka Takamine diminta mendandatangani surat lepas tanggungan. Malaysia Airlines telah pun meminta maaf kepada Profesor Yutaka seperti yang Dato’ Sri-Dato’ Sri sudah dimaklumkan.

6. Saya telah menghadiri kursus “Independent Living Program for People with Disabilities” di Jepun dan Thailand pada 2006 yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dan Japan International Cooperation Agency. Dalam penerbangan ke kursus-kursus tersebut dengan Japan Airlines dan Malaysia Airlines, saya tidak diminta untuk menandatangani borang lepas tanggungan. Saya juga telah menghadiri 7th Disabled Peoples’ International World Assembly dan Global Summit on Independent Living di Korea baru-baru ini sebagai speaker untuk kedua-dua perhimpunan tersebut dengan penerbangan Malaysia Airlines dan juga tidak diminta untuk menandatangi borang tersebut.

7. Saya ingin merujuk kepada cadangan daripada 18 pertubuhan OKU yang diserahkan kepada Dato’ Sri Chan pada mesyuarat di Kementerian Pengangkutan pada 12 Mac 2007 di mana kami meminta supaya syarat yang mewajipkan pengguna kerusi roda menandatangani surat lepas tanggunan yang diamalkan oleh syarikat penerbangan dilarang sama sekali. Salinan cadangan tersebut dilampirkan.

8. Syarat yang diskriminasi ini melanggar hak asasi saya. Saya berharap Dato’ Sri Chan dan Dato’ Sri Shahrizat akan mengambil tindakan dengan segera supaya perkara yang sebegini tidak berlaku lagi. Ia juga untuk memelihara hak OKU yang termaktub dalam Rang Undang-Undang Orang Kurang Upaya 2007 dan Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya (Convention on the Rights of Persons with Disabilities).

Perhatian Dato’ Sri-Dato’ Sri di atas perkara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Related entry:
BEAT’s Recommendation To The Ministry of Transport Malaysia

One thought on “AirAsia, Wheelchair Users And Indemnity Form: The Ongoing Saga”

  1. A typical case of cakap tak serupa bikin. I will cross blog your article in mine. I think it’s time learned folks in the govt take things seriously.

Comments are closed.