The Star – March 13, 2007: Disabled to get say in transport policy

Tuesday March 13, 2007

Disabled to get say in transport policy

By SIM LEOI LEOI

PUTRAJAYA: Disabled groups will get their say in public transport policy, with the setting up of a government committee to look into their grouses.

Transport Minister Datuk Seri Chan Kong Choy said the committee, chaired by deputy secretary-general (planning) Long See Wool, would also have representatives from agencies such as Malaysia Airlines, RapidKL, KTM Bhd, City Hall and the Commercial Vehicle Licensing Board.

“Previously, when disabled groups had grouses, they had to personally convey them to the different firms involved.

“With this committee, they will have a platform to allow them a voice and an exchange of views on all public transport planning, without them having to go to the individual companies. This is a better way for them to tackle these issues,” he told reporters after receiving a memorandum from members of the Barrier-Free Environment and Accessible Transport Group (Beat) at his office here yesterday.

Beat is an alliance of 16 disabled groups in the country.

The committee, said Chan, would discuss ways to make the public transport system more disabled-friendly as well as future plans.

“It will also recommend how transport companies can improve their services. We are mindful that the disabled need to have access to public transport to commute,” he said.

Chan said the groups had also requested for their needs and interests to be included in the public transport masterplan for cities, which had been commissioned by the Cabinet committee on public transportation.

“We are in the midst of appointing a consultant to come up with the masterplan and in our terms of reference, we have mentioned for the needs of the disabled to be taken into consideration.

“Having disabled-friendly access to public transport will not only benefit the targeted group but senior citizens as well,” Chan said, adding that once the consultant had been appointed, the masterplan should be ready within nine months.

Beat assistant coordinator V. Murugeswaran said he was happy with the decision.

“We have been waiting for such a committee as we need a forum to voice our views,” he said, adding that the group would continue to fight for more access to public transport, particularly on buses operated by RapidKL, which currently only served trunk roads.

BEAT’s Recommendation To The Ministry of Transport Malaysia

CADANGAN KEPADA
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA
UNTUK MENYERTAKAN KEMUDAHAN MUDAHCAPAI (ACCESSIBLE FACILITIES) DALAM PELAN INDUK PENGANGKUTAN NEGARA
oleh Barrier-Free Environment & Accessible Transport Group (BEAT)

Pengenalan
Pengangkutan awam yang sempurna adalah salah satu tunjang pembangunan negara. Ia merupakan garis yang dapat melengkapkan titik-titik dalam aktiviti sosial, pendidikan, ekonomi, politik, keagamaan, kebudayaan dan seterusnya. Tidak dapat dinafikan bahawa pengangkutan adalah amat penting dalam kehidupan seharian setiap warga Malaysia dalam zaman moden ini.

Sistem pengangkutan perlu mudahcapai (accessible) kepada semua golongan masyarakat. Pada masa kini, sistem pengangkutan yang sedia ada masih tidak mengambil kira keperluan golongan yang mengalami kesulitan pergerakan (mobility impairment) termasuk orang kurang upaya (OKU), warga mas, ibu yang mengandung, orang dewasa dengan kereta tolak dan kanak-kanak.

Kesan Kekurangan Pengangkutan Mudahcapai di Malaysia
Pengangkutan awam darat, udara serta air masih tidak mudahcapai, tidak selamat dan tidak mudahguna untuk golongan-golongan tersebut, terutamanya OKU, dan kami merasa tersisih dari arus pembangunan negara. Oleh sebab pergerakan kami yang amat terhad maka peluang untuk kami serta menyumbang tenaga dalam masyarakat pun amat terhad, khasnya OKU yang mempunyai kecacatan yang teruk. Golongan ini adalah satu kumpulan yang paling tersisih kerana tidak terdapat sebarang pengangkutan awam yang mudahcapai serta mesra OKU terutamanya bagi mereka yang berkerusi roda untuk memenuhi keperluan pergerakan mereka dari satu tempat ke tempat lain.

Setiap polisi, perancangan awal dan reka bentuk serta pengurusan alam bina dan pengangkutan awam perlu dirombak semula dengan menggunakan Model Sosial Ketidakupayaan yang mengutamakan kebolehcapaian dan alam bina bebas halangan. Kalau dilihat dari perspektif yang dipraktikkan sekarang, OKU dianggapkan sebagai punca masalah, di mana golongan OKU dikatakan tidak dapat menyesuaikan diri dengan alam sekitar. Tetapi apabila dilihat pada keseluruhannya, masalah ketidakbolehcapaian ini adalah tanggungjawab institusi yang membuat keputusan di peringkat perancangan, rekabentuk dan operasi perkhidmatan yang tidak mengambil kira kesulitan yang akan dialami oleh OKU jikalau kemudahan tidak mudahcapai dan tidak mudahguna didirikan.

Kemudahan Mudahcapai Memanfaatkan Semua
Keperluan mudahcapai tidak patut dilihat sebagai satu ciri tambahan atau luarbiasa. Golongan OKU dan sesiapa yang akan memanfaat dari kemudahan ini adalah sebahagian dari masyarakat dan setiap kemudahan awam sepatutnya mudahcapai dan boleh digunakan oleh sebanyak orang mungkin, termasuk OKU.

Cadangan
Dengan itu, kami ingin mencadangkan kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk mengambil kira tentang isu-isu mobiliti dan kemudahcapaian, dan menyertakan polisi mesra pengguna tidak kira keupayaan fizikal ataupun apa-apa kekurangan lain apabila merangka Pelan Induk Pengangkutan Negara.

1. Piawaian, Perlaksanaan dan Pemantauan
i) Bagi melaksanakan cadangan yang akan dinyatakan perwakilan dari pihak OKU (Access Advisory Group) mestilah disertakan di semua peringkat dalam segala perbincangan, penggubalan polisi dan keputusan perlaksanaan yang berkaitan dengan pengangkutan.
ii) Satu Piawaian Pengangkutan Mudahcapai (Standard of Accessibility in Transportation) untuk memastikan segala kemudahan mesra adalah mengikut reka bentuk yang berfungsi dan selamat digunakan.
iii) Satu badan penyelaras harus ditubuhkan untuk memastikan polisi pengangkutan mudahcapai dilaksanakan dengan sempurna.
iv) Semua infrastruktur dan perkhidmatan dalam rangkaian pengangkutan awam mesti mudahcapai dan mengikut piawaian yang ditetapkan ataupun mengikut piwaian antarabangsa yang sedia ada.
v) Satu tempoh masa (time frame) perlu ditetapkan di mana kategori-kategori pengangkutan yang masih belum mudahcapai mesti mematuhi piawaian tersebut, misalannya 25% dari bas awam mesti mesra pengguna/OKU dalam tempoh 2 tahun, 50% dalam tempoh 5 tahun dan seterusnya.
2. Pemandu OKU dan Jabatan Pengangkutan Jalan
i) Pejabat-pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan mesti mudahcapai. Pada masa ini, OKU mengalami masaalah apabila hendak berurus di pejabat-pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan disebabkan oleh halangan-halangan fizikal dan pembinaan yang tidak mengikut ciri-ciri mudahcapai.
ii) OKU yang ingin memandu terpaksa berurusan dengan beberapa bahagian di JPJ untuk mendapatkan lesen dan kelulusan ubahsuai. Dicadangkan supaya satu bahagian dipertanggungjawabkan untuk mengurus segala permohonan tersebut.
iii) Di samping itu, bahagian yang sama dipertanggungjawabkan untuk mengeluarkan pelekat (sticker) untuk meletak kereta ubahsuai OKU di tempat yang dikhaskan. Kereta yang tidak menunjukkan pelekat tersebut harus di denda atau tindakan sewajarnya dikenakan.
iv) Jabatan Pengangkutan Jalan harus bekerjasama dengan Jabatan Kerja Raya dan mana-mana pihak yang berkenaan untuk merangkakan satu piawaian untuk membina laluan motor yang mengambilkira dimensi motor ubahsuai OKU.
3. Perancangan dan Penguatkuasaan
i) Memastikan semua infrastruktur dan kenderaan pengangkutan awam yang dilancarkan dari tahun 2007 dan selanjutnya adalah bercirikan mudahcapai.
ii) Memastikan bahawa segala polisi yang dibuat dapat dikuatkuasa dari segi undang-undang supaya polisi-polisi tesebut bukan sekadar sahaja di dalam kertas tetapi dizahirkan dengan sebaik mungkin. Adalah penting untuk melantik jawatankuasa pemantau yang terdiri daripada golongan OKU untuk meneliti serta memberi pandangan kepada polisi serta penguatkuasaan polisi-polisi tersebut.
iii) Memastikan bukan sahaja pengangkutan awam bercirikan mudahcapai dan mudahguna tetapi pusat-pusat yang berkaitan dengan perkhidmatan pengangkutan awam hendaklah diubahsuai atau dibina bercirikan mudahcapai.
iv) Ciri-ciri keselamatan dalam pengangkutan awam juga harus dititikberatkan. Walaupun pengangkutan awam adalah mudahcapai namun ciri-ciri teknikal seperti penempatan golongan OKU didalam pengangkutan awam tersebut perlu di ditandakan dengan nyata, misalnya tempat khas untuk pengguna kerusi roda didalam bas, LRT dan lain-lain.
v) Melaksanakan sistem kuota untuk memastikan syarikat-syarikat teksi yang diberikan lesen memperuntukan seperatusan teksi yang mudahcapai, misalnya 10% daripada 100 teksi mesti mudahcapai dan mudahguna.
4. Pengangkutan Darat:
i) Semua perhentian bas dan perhentian keretapi/rel bandaraya (urban rail) dibina bercirikan mudahcapai untuk memastikan ia sesuai digunakan oleh semua golongan masyarakat.
ii) Laluan persambungan (connecting pathways) ke perhentian bas mesti bercirikan mudahcapai mengikut piwaian dan undang-undang yang sedia ada.
iii) Semua bas awam mestilah jenis non-step untuk kemudahan pengunaan golongan OKU, warga mas dan mereka yang mempunyai kesulitan pergerakan ataupun menggunakan kerusi roda.
iv) Semua rangkaian keretapi dan rel bandaraya (urban rail) mesti bercirikan mudahcapai dan selamat digunakan.
v) Sila rujuk kepada Lampiran 1 untuk cadangan seterusnya. Lampiran 1 telah disediakan sebagai memorandum kepada Rapid KL untuk melaksanakan rangkaian bas awam di Lembah Klang mudahcapai.
5. Pengangkutan Air:
i) Semua pelabuhan untuk pengangkutan awam air mesti dibina mengikut ciri mudahcapai dan selamat digunakan.
ii) Pengangkutan air awam seperti kapal dan feri mesti bercirikan mudahcapai.
iii) Keselamatan semasa menggunakan perkhidmatan pengangkutan air mesti diutamakan.
iv) Satu garispanduan mesti dirangkakan untuk tujuan tersebut.
6. Pengangkutan Udara:
i) Semua lapangan terbang dibina bercirikan mudahcapai untuk memastikan ia sesuai digunakan oleh semua golongan masyarakat.
ii) Lapangan terbang domestik yang tidak mempunyai aerobridge mesti dilengkapkan dengan ambulift untuk menyenangkan OKU memasuki kapal terbang.
iii) OKU mesti dikecualikan daripada bayaran perkhidmatan seperti menggunakan kerusi roda, pembantu untuk orang buta dan sebagainya seperti yang sedang dilaksanakan oleh syarikat-syarikat penerbangan bajet. Kerusi roda dan pembantu untuk OKU adalah keperluan asas dan bukan satu kemewahan.
iv) Syarikat-syarikat penerbangan mesti dilarang memaksa penumpang OKU menandatangani surat lepas tanggungan (indemnity letter) sebelum menaiki kapalterbang. Memaksa OKU menandatangani surat lepas tanggungan dan jikalau arahan itu tidak dipatuhi, OKU dilarang dari menaiki kapalterbang adalah satu perbuatan diskriminasi yang nyata terhadap golongan OKU.
v) Syarikat penerbangan mesti melaksanakan satu tatacara yang sistematik untuk mengurus segala isu berkenaan dengan penumpang OKU.
vi) Satu jawatankuasa untuk memantau dan memastikan segala pembaruan yang dibuat terhadap pengangkutan udara di Malaysia haruslah mudahcapai dan dilaksanakan secara sempurna.
vii) Memastikan syarikat penerbangan yang beroperasi di Malaysia dapat memberikan pendedahan secukupnya untuk memastikan pekerja-pekerja di luar lapangan terbang dan di dalam kapal bersedia membantu OKU dalam segala segi yang berkaitan dari masa seorang OKU menaiki pengangkutan udara sehingga OKU sampai ke destinasi yang ingin ditujui dengan mewajibkan kakitangan-kakitangan tertentu menduduki kursus cara mengendalikan OKU.

Pengangkutan Awam Di Pulau Pinang
BEAT mengalu-alukan pengumuman oleh Perdana Menteri pada 20 Februari 2007 bahawa Rapid KL akan menubuhkan satu rangakaian bas awam di Pulau Pinang yang diberi nama RapidPenang. Kami berharap RapidPenang tidak membuat kesilapan sama seperti di Lembah Klang di mana keseluruhan perkhidmatan bas awam adalah tidak mudahcapai dan tidak mesra OKU.

Kami berharap Kementerian Pengangkutan bekerjasama dengan Kementerian Kewangan dan mana-mana kementerian lain yang berkenaan untuk mendapatkan bas non-step untuk kesemua 150 buah bas yang dibeli kelak. Golongan OKU tidak seharusnya menderita disebabkan oleh kesilapan sesetengah pihak yang tidak mengambil kira keperluan OKU dan mereka yang mengalami kesulitan pergerakan yang ingin menggunakan perkhidmatan bas awam.

Pada masa yang sama, rancangan rel bandaraya Pulau Pinang yang telah diluluskan mesti mudahcapai kesuluruhannya apabila beroperasi nanti. Tidak ada sebab yang munasabah mengapa golongan OKU disisihkan lagi dalam projek ini yang sepatutnya memanfaatkan semua lapisan masyarakat.

Dalam pada itu, kami menyeru Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kewangan, Rapid KL, RapidPenang dan mana-mana pihak yang mewakili pengurusan projek tersebut untuk berbincang dengan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan (stakeholders) dalam perkhidmatan bas awam di Pulau Pinang, khususnya pengguna-pengguna bas dan pertubuhan-pertubuhan OKU untuk menyelami keperluan mereka serta mendapatkan maklumbalas dan keperluan mereka dalam pembangunan yang terbaru ini.

Kesimpulan
Pendek kata, cadangan-cadangan dan pendekatan yang dipohon oleh OKU janganlah dipandang sebagai keterlaluan, bahkan izinkanlah kami yang dilabel OKU diberi peluang buktikan keupayaan kami mampu berdaya saing, satu komponen modal insan yang dapat menyumbang dalam menyempurnakan visi Pembangunan Negara yang diilhamkan oleh Perdana Menteri kita.

Barrier-Free Environment and Accessible Transport Group (BEAT) merangkumi 16 Pertubuhan OKU dan beberapa individu seperti disenaraikan di bawah:

• Persatuan Damai Orang-Orang Kurang Upaya Selangor & Wilayah Persekutuan
• Beautiful Gate Foundation for The Disabled
• Malaysian Spinal Injuries Association
• Persatuan Mobiliti Selangor & Kuala Lumpur
• Persatuan Orang-Orang Cacat Anggota Malaysia
• Society of the Blind in Malaysia
• Malaysian Association for the Blind
• Society of the Chinese Disabled Persons Malaysia
• Persatuan Kristian Shuang Fu untuk orang Kurang Upaya Kuala Lumpur
• Persatuan Pemulihan Orang Cacat Selangor & Wilayah Persekutuan
• Selangor Cheshire Home
• Malaysian Information Network on Disabilities
• Dignity & Services
• United Voice (Self-Advocacy Society of Persons with Learning Disabilities Selangor & Kuala Lumpur)
• Selangor Council for Welfare and Social Development
• Majlis Paralimpik Malaysia
• Christine Lee Soon Kup
• Naziaty Mohd. Yaacob
• Peter Tan Hua Choon

Cadangan ini telah disediakan oleh:
Peter Tan Hua Choon
V. Murugeswaran
28 Februari 2007

BEAT’s Meeting With Dato’ Seri Chan Kong Choy, Minister of Transport Malaysia

Dato' Seri Chan Kong Choy, Minister of Transport Malaysia

Dato’ Seri Chan Kong Choy, Minister of Transport, set up a meeting between the officials from the Ministry of Transport, public transport operators and BEAT to discuss about the various issues faced by disabled persons in Malaysia where mobility is concerned. The meeting was held at the Ministry’s office in Putrajaya at 12.00pm just now. Among the transport operators represented in the meeting were Rapid KL, Malaysia Airlines, Air Asia, Keretapi Tanah Melayu, Malaysia Airports, KL Sentral and Jabatan Pengangkutan Jalan.

The Minister announced that Deputy Secretary-General (Planning) Long See Wool will head a committee and set up meetings between transport operators and BEAT to resolve issues regarding public transportation. We were also informed that all public transport will be made accessible. This aspect is part of the term of reference for the National Transport Master Plan that will be drawn up after the completion of studies conducted in all capital cities in Malaysia.

BEAT Assistant Coordinator V.Murugeswaran presenting the recommendation to Dato' Seri Chan Kong Choy, Minister of Transport Malaysia

At the end of the meeting, BEAT presented a recommendation to the Minister to make all public transport inclusive. We highlighted that no one should be left out in all future developments of the public transportation system in Malaysia. It is important that the mobility needs of disabled persons be looked into seriously in order provide us equal opportunities education, employment and other acivities.