
Hari ini, kita menyambut ulangtahun kemerdekaan ke-48 negara yang tercinta. Tetapi apakah maksudnya merdeka? Adakah ia setakat kebebasan dari belenggu kolonialisme? Jikalau ada segelintir lagi masyarakat yang masih tinggal dalam keadaan keresahan serta serba kekurangan, apakah maksudnya perkataan merdeka untuk mereka? Untuk golongan ini, penghujung perjuangan mereka masih belum kelihatan.
Golongan yang dimaksudkan ialah orang kurang upaya (OKU). Mandat Rancangan Sedunia Bangsa-Bangsa Bersatu untuk OKU (United Nations Global Programme On Disability) menyarankan tiga objektif yang menyatakan: (i) OKU perlu diberi peluang dan galakan untuk membangunkan diri dan menyertai masyarakat secara berkesan; (ii) hak asasi dan maruah mereka mesti dilindungi dan; (iii) mengutarakan persamaan peluang untuk mendapat pekerjaan, pelajaran, maklumat, barangan dan peralatan, dan perkhidmatan.
Adakah golongan OKU di negara ini menikmati semua yang tertakluk dalam mandat itu? Adakah OKU diberi peluang untuk menyertai kegiatan pembangunan sosial masyarakat dan digajikan secara sama peluang? Adakah OKU diberi peluang untuk berdikari sepenuhnya? Terdapatkah satu pelan induk yang menyenaraikan dengan lengkap garis panduan untuk untuk menanangi masaalah OKU? Dari pandangan saya sebagai seorang OKU, jikalau adapun, ia dilaksanakan secara rambang dan tidak mengikut satu sistem yang ditetapkan.
Masyarakat OKU tidak meminta lebih dari apa yang kami sepatutnya terima. Kebanyakan saudara OKU yang saya temui lebih rela berdikari atas usaha mereka sendiri tetapi keadaan sekitaran serta sokongan asas tidak mengizinkan. Sebilangan besar perkhidmatan awam seperti pengangkutan, jalanraya, bangunan dan kemudahan tidak disesuaikan untuk OKU. Bagaimanakah OKU boleh berdikari dan menyumbang tenaga untuk turut membangunkan negara kalau kemudahan asas yang amat diperlukan tidak wujud?
Mendirikan serta melengkapkan sekitaran yang sesuai untuk OKU bukanlah satu keistemewaan. Kami bukanlah pengemis yang meminta belas kasihan sesiapa. Malah, kemudahan asas untuk membolehkan kami berdikari adalah satu hak asasi. Malangnya, OKU sendiri terpaksa berjuang untuk mendapatkan hak tersebut kerana kerajaan serta pihak berkuasa tempatan tidak cukup peka terhadap masaalah kami. Adakah agensi yang dipertanggungjawabkan khas untuk menyelesaikan masaalah OKU benar-benar faham keperluan kami dan sejurusnya mencari penyelesaian untuknya?
Sejenak renung, tidak boleh dinafikan kerajaan telah banyak menganjurkan rancangkan untuk memperbaiki keadaan masyarakat OKU tetapi ini tidak cukup untuk membolehkan kami berdikari seperti biasa. Masaalah yang sudah berlarutan sekian lama ini jelas memperlihatkan kecacatan dalam sistem pentadbiran yang bersikap acuh tak acuh terhadap rungutan kami. Kami masih perlu mengharungi kehidupan seharian yang penuh dengan kesulitan serta rintangan. Kemerdekaan tidak bermakna kepada kami sekiranya kami masih perlu berjuang di setiap penjuru untuk melindungi hak dan maruah kami. Apakah itu kemerdekaan? Kami OKU masih belum faham sepenuhnya maksud perkataan itu.
Tiada ulasan mengenai belog anda, cuma nak cakap “Peter, your BM damn keng!”. U got A1 is it ?
Wah, terror sangat lu punya BM! Malulah kalau aku nak membelog dalam BM, bila berbanding dengan taraf semacam ini!
wah seh!
Post has been plugged on Merdeka Blooger. Thanks Peter. 🙂
eish saya lagi tak tahu bm; steamboat jadi sampanstim (tunduk kepala dengan malu) hehe
Wa Peter.. ur BM really good leh.. bet u got A1 or a really good pass in ur SPM?After being overseas for 2 years and reading your post i was REALLY blur as i don’t understand most of the words!!! 90% of the words i don’t understand!!I had a good time playing guessing the words.. :S man.. but still its a good one!!
spoken like a true politician at heart
Joez,
Saya memperolehi C6 dalam krtas BM di peringkat SPM.
bkworm,
Kalau puan memeriksa dengan betul, terdapat banyak kesilapan tatabahasa.
JoMel,
😀
dannyFoo,
Thanks.
angeline,
As I mentioned previously, I obtained C6. I used a dictionary. That helped a lot.
je77y,
Is that good or bad?
wah, way to go, man. of course, there are grammatical errors here and there, but the clarity of thought is evident.
eh peter, selepas membelog untuk hari kebangsaan, belog anda sudah on strike ke? *hee Hee*
bang, oh bang, kenapa tak update?
I got A2 in my BM. but your one peter deserved like A1++. Really enjoyed reading it…
Bad,
I did not do very well in BM for SPM, certainly not an A1++. 😛
Jaxon,
Thank you.
jean`,
Saya terpaksa berehat setelah terlebih guna otak untuk karangan itu.
dave,
Bila nak keluar yumcha?