Second Complaint Letter To MPAJ Regarding Inaccessible Pandan Perdana

It is absolutely disappointing that Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) never responded to my complaint regarding the inaccessible and dangerous walkways around Pandan Perdana. This was despite a letter from the Jabatan Kerajaan Tempatan (Department of Local Government) urging them to respond to my letter of complaint.

To pursue the case further, I have sent a second letter of complaint to MPAJ and copied it to the Timbalan Perdana Menteri, Setiausaha Kerajaan Selangor (Cawangan Kerajaan Tempatan), Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Kerajaan Tempatan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga n Masyarakat, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, ADUN for Teratai and Presiden Persatuan Orang-Orang Cacat Anggota Malaysia. A while ago, I personally handed this letter to ADUN for Teratai YB Yap Soo Soon who has agreed to look into this matter.

Rujukan JKT: KPKT(02)(S)927/5 klt. 49(80)

18 April 2007

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Ampang Jaya
Menara MPAJ
Jalan Pandan Utama
55100 Pandan Indah
Kuala Lumpur

INACCESSIBLE, DAMAGED AND OBSTRUCTED WALKWAYS AT PANDAN PERDANA A DANGER TO WHEELCHAIR USERS AND PEDESTRIANS

Dengan hormatnya saya merujuk kepada surat aduan saya yang bertarikh 28 Mei 2006 dan surat dari Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang bertarikh 27 Julai 2006.

2. Saya teramat kecewa dengan sikap MPAJ yang tidak mengendahkan aduan saya serta surat dari pihak Jabatan Kerajaan Tempatan mengenai perkara di atas. Sudah 10 bulan semenjak surat aduan tersebut tetapi MPAJ masih belum lagi memberi sebarang maklumbalas ataupun mengambil tindakan yang nyata.

3. Sebarang alas an yang akan diberi oleh pihak MPAJ atas kelekaannya tidak dapat diterima. Saya terpaksa menggunakan kerusi roda saya di atas jalan raya setiap kali saya hendak pergi ke kedai-kedai yang berdekatan sebab laluan pejalan kaki di Pandan Perdana tidak sesuai untuk digunakan oleh OKU. Sebahagian besar daripada laluan pejalan kaki sudah rosak dan terdapat tiang lampu yang didirikan di tengah-tengah laluan pejalan kaki (aduan surat saya yang bertarikh 28 Mei 206), menjadikan laluan itu terlalu sempit untuk kegunaan saya. Setiap kali saya menggunakan jalan raya dengan kerusi roda, saya berdoa agar tidak dilanggar oleh kenderaan di jalan raya yang sibuk itu.

4. Kenapa OKU mesti menggadai nyawa mereka setiap kali mereka hendak pergi ke mana-mana? Bukankah tanggungjawab MPAJ untuk menyediakan dan memperbaiki kemudahan-kemudahan awam dalam daerah kawalannya termasuk mewujudkan persekitaran yang mesra? Apakah gunanya Undang-Undang Kecil 34A Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1986 yang telah diwartakan sekiranya MPAJ tidak bersungguh-sungguh untuk menguatkuasakannya?

5. Persekitaran yang mesra OKU bukan sahaja memanfaatkan golongan OKU. Malah persekitaran ini juga memanfaatkan warga emas, ibu mengandung dan mereka yang mengalami kesulitan pergerakan (mobility impairment). Pada amnya persekitaran mesra OKU adalah satu cara utama untuk memastikan golongan yang mempunyai kesulitan pergerakan tidak tersisir dari arus pembangunan negara dan menjaminkan mereka dapat turut serta dalam segala aktiviti masyarakat.

6. Saya berharap Tuan Yang Dipertua akan mengambil berat tentang aduan ini dan mengambil tindakan yang sepatutnya dengan secepat mungkin untuk mengelakkan perkara yang berlaku kepada saya dari berulang lagi atau mengelakkan kemalangan yang melibatkan kecederaan serius atau kehilangan nyawa dari berlaku. Perhatian Tuan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Author: Peter Tan

Peter Gabriel Tan. Penangite residing in the Klang Valley. Blissfully married to Wuan. A LaSallian through and through. Slave to three cats. Wheelchair user since 1984. End-stage renal disease since 2017. Principal Facilitator at Peter Tan Training specialising in Disability Equality Training. Former columnist of Breaking Barriers with The Borneo Post. This blog chronicles my life, thoughts and opinions. Connect with me on Twitter and Facebook.

Comments are closed.